Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cara Buat Blog

assalamualaikumm
hye uolllsss
alhamdulillah masih diberi peluang
untuk jari jemariku menari di ats keyboard ni

nak buat blog??
 mudah je bebb
sambil korang tgk otroman pn boleh 

jom sesame blajo
dengor cikgu nk ajor ni
nanti kang jadik ajaran sesat plak
huhuuhuu

  1. first korang kena sign up google kalo belum ada akaun gmail ( kalo y dah ada xyah laa oiii)
  2. isi butiran yang disediakan dalam form tu dan klik pd next step
  3. korang akan dibawa ke langkah seterusnya iaitu create your profil n klik next step
  4. kalo keluar you're all set kt belah kanan ats sekali mknany korang da berjaya la tu
  5. klik back to blogger untuk confirm kan profile anda
  6. then keluar dashboard blogger.. klik new blog
  7. masukkan tajuk blog n alamat blog n pilih template. klik pada create blog(kalo kt address xleh nk masukkan alamat blog korang maknanya alamat tu dah ad yg guna)
  8. korang akan dibawa kembali ke dashboard. klik start posting
  9. masukkan tajuk entry korang kt title. entry plak tulis kt ruangan y dah disediakan. suka ati ko la jahh nak tulis ape ponn
  10. then publish, CIAP!!



p/s: tuto kali ni xde gambo2 naaa.. aku malasss nak printscreen n edit2 bagai..kalo xpaham tanya.jgn duk peram jee dalam ati tu..ok chawww dulu..tataiii

Hilangkan Tarikh Kat Post Title

assalamualaikumm dan hyee sayang2 ku
amacam hari ni?
sihat ke x?dah makan?? :)
macammana nak hilangkan tarikh kat post entry??
hmm meh cik nurul ajorr ekk

1.Dashboard > Design > Page Element > Layout
2. Pastu korang tekan EDIT

         

3.Nanti akn keluar macam ni


4. Kat ank panah tu korang tekan "untick" k
5. SAVE n try preview

kalo xajadi tu something wrong somewhere la tu kikiiikiii
gudluck dear :)

Masukkan Header Dalam Blog

assalamualaikum 
hyee uolss
ari ni aku nak ajar cara masukkan header dalam blog
this tuto for new blogger only
lets cekidauddd

1.Dashboard > Design >Page Element > Tekan EDIT


2. Then akan keluar macam kat bawah ni


3. SAVE.. nanti ada la tu

senang je kan?? gudluck!! :)

Cik Nurul Bergigi Besi????

assalamualaikum n hyee


dah lama blog ni bersawang.so ari ni nurul nak share something.cik nurul bergigi besi??ok tajuk je gempak,
xboleh blah betul :*
maksud di sini ialahhh aku dah pakai braces alias pendakap gigi..gigi aku kan xbetul sblum ni bengkang bengkok je., :p
sbb kadang2 benda macam ni boleh buatkan seseorang kurang keyakinan diri

meh aku story mory macam mana aku boleh tergerak ati nak pakai benda alah ni..
ekcelly mse duk sekolah menengah lagi terkinja-kinja nak pakai tapi pendam lagi hasrat tu. yela tengah  study kan nanti kalau ada appoinment susah plak. nak kena tinggal pelajaran semata-mata nak gi cek gigi..huhhh xmau2!!! dahla aku ni jenis yang lambat pick up ngengengeeee

ok lepas abis form 6, aku ajak mak aku pegi hospital kerajaan..firstly niat aku nak cuci gigi sambil2 nak survey braces ni. bila aku tnya doktor dia cakap law government punya dia amik bebudak yang masih sekolah lagi.ok start frust kat situ! :(

lepas aku masuk uni ni, aku survey2 la jugak boleh x nak pasang braces kat sini. one day aku ternampak sorang girl ni pakai. aku usha la tnya buat kat mana n dia cakap kt PKU (Pusat Perubatan Uni) means dekat uni ni la tu.. yesss aku rase nak lompat2 bintang je kat situ! :)

pastu aku pon suarakan niat aku kt mak aku..mak aku cakap ikut suka ati adik laa..yesss mak aku bagi. tapi yang xbestnya bila aku suarakan niat murni lagi suci aku tu kat mr.s..dia cakap xboleh!!xpayah nak buat,blablablablaaaaa..tadah jelaaa telinga ni dengar dia membebel..kikikiiii
(means dia terima diri aku seadanya :) )

bayangkanlaa aku dah set appoinment dgn doktor,tetiba pulak terpaksa cancel last2 minit..sedihh taww sampaikan aku merajuk jugaklaa dgn dia..
aku pon pendam balik niat aku tu tapi still pujuk lagi.. aku ni jenis kalau  nakkan sesuatu pasti aku akan dapatkannya jugak!!

pujuk punya pujuk last sekali dia bagi.. satu hari tu dia tanya aku lebih kurang mcm ni

mr.s: betul ke nk pakai braces??
aku: betul laa..nape?
mr.s: emm pakailaa kalau nak pakai sgt..
aku: betul ni?? (smbil pandang muka dia sbb xpercaya)
mr.s: yelaaa..kalau xbagi pon still nak pakai jugak kan?? so baik saya bagi terus je
aku: yesss (dlm ati jela huhuu) .. ok tq syg.syg awak ketat2,,hehehee

mulai ari tu, aku dah xsabar2 lagi nak balik uni..nk set balik appoinment aku yang terbatal dulu..
so bila blik uni, bermula la kehidupan aku sebagai  bakal seorang bergigi besi..

ok tu jela entri kali ni..
lain kali aku story pasal 1st day aku bergigi besi
ngengengeeee 
peace yo :D


Main game boleh menang Macbook Air??

assalamualaikumm n hypeee
mcm tajuk kt atas
main game je boleh dapat macbook air??
betul ke??
opkoss laa betoiii laling oiii
mcm best je mcm best jeee
:)

just klik SINI
selamat mencuba
taitaiiiii :*

Rahsia Tarikh Lahir

assalamualaikum
hai uollss
dalam entri lepas nurul ada tulis pasal rahsia tahi lalat kan?
ok kali ni rahsia tarikh lahir pulak
tp based on bulan kelahiran korang la yee
next entry baru based on tarikh 
ok tamo buang masa
jom skodengg

JANUARI
  • bercita-cita tinggi dan orangnya serius

  • suka melihat kelemahan orang dan suka mengkritik

  • peka dengan setiap yang dibuat nampak keuntungan

  • suka smart, kemas dan teratur

  • sensitif, berfikiran mendalam

  • pandai mengambil hati orang lain

  • pendiam kecuali setelah dirangsang

  • agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi

  • mudah mendisiplinkan diri sendiri

  • badan sehat tetapi mudah diserang selesema

  • bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkanya

  • cukup sayang kepada kanak-kanak

  • suka duduk di rumah

  • setia pada segalanya

  • rajin belajar dan kemahiran sosial

  • sikap cemburu yang sangat tinggi



FEBRUARI
  • berfikiran abstarak

  • sukakanbenda yang realiti dan abstrak

  • inteligent, bijak dan genius

  • berpersonaliti yang mudah berubah

  • mudah menawan orang lain

  • agak pendiam, pemalu dan rendah diri

  • jujur dan setia pada segalanya

  • keras hati untuk mencapai matlamat

  • tidak suka dikongkong

  • mudah memberontak jika dikongkong

  • suka kegiatan lasak

  • emosinya mudah terluka dan sangat sensitif

  • mudah mempamirkan marahnya

  • tidak suka kepada benda remeh temeh

  • suka berkawan tapi kurang mempamerkanya

  • sangat berani dan suka memberontak

  • bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikanya

  • pemerhatian yang tajam

  • suka hiburan dan sukan

  • suka benda yang bersifat seni

  • sangat romantik pada dalaman tapi tidak pada luaran

  • berkecenderungan kepada benda yang tahyul

  • amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros

  • belajar untuk mempamirkan emosi


MAC
  • berpersonaliti menarik dan menawan

  • mudah didampingi

  • sangat pemalu dan pemendam rasa

  • sangat baik secara semula jadi, jujur, pemurah dan mudah simpati

  • sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran

  • suka pada kedamaian

  • sangat peka kepada orang lain

  • sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain

  • tidak cepat marah dan sangat amanah

  • tahu balas budi dan kenang budi

  • pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam

  • kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal

  • suka berangan-angan

  • suka melancong

  • sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi

  • kelam kabut dalam memilih pasangan

  • suka dengan hiasan rumahtangga

  • punya bakat seni dalam bidang muzik

  • kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jangan terlalu moody



APRIL
  • sangat aktif dan dinamik

  • cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal

  • sangat menarik dan pandai manjakan diri

  • punya daya mental yang sangat kuat

  • suka dapat perhatian

  • sangat diplomatik, pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masalah

  • sangat berani dan tiada perasaan takut

  • suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah

  • emosi cepat terusik jika tidak terkawal

  • berkecenderungan bersifat dendam

  • agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan

  • kuat daya ingatan

  • gerak hati yang sangat kuat

  • pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain

  • berpenyakit di sekitar kepala dan dada

  • sangat cemburu dan terlalu cemburu



MEI
  • keras hati dan degil

  • kuat semangat dan bermotivasi tinggi

  • pemikiran tajam

  • mudah marah jika tidak dikawal

  • pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian

  • perasaan yang sangat mendalam

  • cantik dari segi mental dan fizikal

  • tidak perlu dimotivasikan

  • tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain

  • mudah dipujuk

  • bersikap sistematik ( otak kiri )

  • suka berangan

  • kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas dihati orang lain

  • mudah diserang penyakit di bahagian telinga dan leher dan lemah sistem pernafasan

  • daya khayalannya tinggi

  • pemikiran yang tajam

  • pandai berdebat

  • fizikal yang baik

  • suka sastera, seni, muzik dan melancong

  • tidak berapa suka duduk dirumah

  • tidak boleh duduk diam

  • tidak punya ramai anak

  • rajin dan bersemangat tinggi

  • agak boros



JUN
  • berfikiran jauh dan berwawasan

  • mudah ditawan kerana sikap baik

  • perangai lemah lembut

  • mudah berubah sikap, sangat banyak idea

  • bersikap sensitif

  • otak sentiasa aktif berfikir

  • sukar melakukan sesuatu dengan segera, suka menanguh-nangguh

  • sikap pemilih kerana selalu inginkan yang terbaik dan cerewet

  • cepat marah dan cepat sejuk

  • suka bercakap dan berdebat

  • suka buat lawak dan bergurau

  • otak cerdas dan berangan-rangan

  • mudah dan pandai berkawan

  • orangnya sangat tertib

  • pandai mempamerkan sikap

  • mudah kecil hati

  • mudah terkena selesema

  • suka berkemas

  • cepat rasa bosan

  • kurang pamerkan perasaan

  • lambat sembuh bila terluka hati

  • suka barangan berjenama

  • mudah jadi eksekutif

  • kedegilan yang tidak terkawal

  • siapa yang memuji saya adalah musuh saya, siapa yang menegur saya adalah kawan saya



JULAI
  • seronok didampingi

  • banyak berahsia dan sukar dimengerti ( terutama lelaki )

  • agak pendiam kecuali diransang

  • ada harga dan maruah diri

  • tidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah jika disusahkan

  • mudah dipujuk dan bersikap lurus

  • sangat menjaga hati orang lain

  • sangat peramah

  • emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hati dan lambat pulih

  • berjiwa sentimental

  • kurang berdendam

  • mudah memaafkan tetapi sukar melupakan

  • tidak suka benda remeh temeh

  • membimbing cara fizikal dan mental

  • sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang

  • layanan serupa kepada semua orang

  • tinggi daya simpati

  • pemerhatian yang tajam

  • suka manilai orang lain dengan pemerhatian

  • mudah dan rajin belajar

  • suka muhasabah diri

  • suka mengenang peristiwa atau kawan lama

  • suka mendiamkan diri dan duduk di rumah

  • suka tunggu kawan tapi tak cari kawan

  • tak agresif kecuali terpaksa

  • lemah dari kesihata bahagian perut

  • mudah menjadi gemuk jika tak dikawal

  • minta disayangi

  • terlalu mengambil berat

  • rajin dalam membuat kerja


OGOS
  • suka berlawak

  • mudah tertawan kepadanya

  • sopan santun, caring terhadap orang lain

  • berani dan tidak tahu takut

  • agak tegas dan bersifat berkepimpinan

  • pandai memujuk

  • terlalu pemurah dan bersikap ego

  • nilai harga diri sangat tinggi

  • dahagakan pujian

  • semanagt juang yang luar biasa

  • cepat marah dan mudah mengamuk teruma cakapnya dilawan

  • sangat cemburu

  • daya permehatian tajam dan teliti

  • cepat berfikir dan berdikari

  • suka memimpin juga dipimpin

  • suka barangan-angan

  • berbakat dalam seni lukis, hiburan, dan silat

  • sangat sensitif tetapi tak mudah merajuk

  • mudah mendapat penyakit

  • sentiasa belajar untuk relax

  • kelam kabut

  • romantik, pengasih dan penyayang

  • suka mencari kawan


SEPTEMBER
  • sangat besopan santun dan betolak ansur

  • sangat cermat, teliti, dan teratur

  • suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik

  • pendiam tetapi pandai bercakap

  • sikap sangat cool, sangat baik, dan mudah simpati

  • sangat prihatin, terperinci, amanah, setia dan jujur

  • sensitif kepada sesuatu yang tidak diketahui

  • banyak berfikir

  • daya penakakulan yang baik

  • otak bijak dan mudah belajar

  • suka mencari maklumat

  • mengawal diri dari selalu mengkritik

  • pandai mendorong diri sendiri

  • mudah memahami orang lain ( daya firasat tinggi ) dan banyak simpan rahsia

  • sukakan sukan, hiburan, dan melancong

  • kurang menunjukkan perasaan

  • lama menyimpan jika terluka hati

  • terlalu memilih pasangan

  • sukakan benda yang luas

  • bersistematik



OKTOBER
  • suka sembang

  • suka orang sayang padanya

  • suka ambil jalan tengah

  • sangat menawan dan sopan santun

  • kecantikan luar dan dalam

  • tidak pandai berbohong dan berpura-pura

  • mudah rasa simpati, baik, dan pentingkan kawan

  • sentiasa berkawan

  • hati mudah terusik, tetapi meraju tak lama

  • cepat marah

  • macam pentingkan diri sendiri

  • tidak menolong orang jika tidak diminta

  • suka melihat dari perspektif sendiri

  • tidak suka terima pandangan orang lain

  • emosi mudah terusik

  • suka berangan-angan dan pandai bercakap

  • emosi yang kelam kabut

  • daya firasat yang sangat kuat ( terutama perempuan )

  • suka melancong, bidang sastera, dan seni

  • pengasih, penyayang, dan lemah lembut

  • romantik dalam percintaan

  • mudah terusik hati dan cemburu

  • ambil berat tentang orang lain

  • suka kegiatan luar

  • orang yang adil

  • boros dan mudah dipengaruhi persekitaran

  • mudah patah semangat


NOVEMBER
  • banyak idea dalam sesuatu perkara

  • perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-rubah

  • otak dan pemikiran yang sangat tajam

  • cara berfikir lain dari orang lain

  • berfikiran kehadapan, unik, dan bijak

  • banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra

  • penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa

  • sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya

  • sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia

  • amanah, jujur, setia, dan pandai berahsia

  • daya firasat sangat halus dan tinggi

  • bagus sebagai doktor

  • cermat dan teliti

  • personaliti dinamik

  • tidak hargai pujian

  • bercita-cita tinggi

  • terlalu degil dan keras hati

  • apabila hendak akan diusahakan sehingga berjaya

  • sangat rajin dan berkemampuan tinggi

  • kekuatan semangat dan daya juang yang tinggi kepada sesuatu kehendak

  • pandai mendorong diri sendiri

  • berani, pemurah, setia, dan banyak kesabaran

  • mudah ambil berat terhadap orang lain

  • tak suka marah kecuali tergugat

  • pandai muhasabah diri

  • romantik

  • tidak pasti dengan imbangan kasih sayang

  • suka duduk di rumah

  • tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi


DISEMBER
  • sangat setia dan pemurah

  • bersifat patriotik

  • sangat aktif dalam permainan dan pergaulan

  • bercita-cita tinggi

  • suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi

  • seronok didampingi

  • pandai buat lawak dan berfikiran dengan lojik

  • suka bercampur dengan orang

  • suka dipuji, diberi perhatian, dan dibelai

  • sangat jujur, amanah, dan bertolak ansur

  • tidak pandai berpura-pura

  • cepat marah

  • sikap kurang sabar dan tergesa-gesa

  • perangai yang berubah-ubah

  • tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi

  • benci pada kongkongan

note: nurul bulan mac, my mr.s plak julai.. so faham2 jela kikikiii..ramalan semata-mata.
         wallahua'lam


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...